JUN 2022

Bangunan Pentadbiran Sarawak Simbol Transformasi Lundu: Abang Jo


KUCHING, 11 Jun– Bangunan Pentadbiran Sarawak Daerah Lundu yang baharu bakal menjadi ikonik tranformasi Lundu, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Premier Sarawak mengucapkan penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam terutama sekali mereka yang berkhidmat di  Lundu kerana bersama-sama membangunkan pusat pentadbiran Daerah Lundu yang  bakal dilengkapi pasarana serba baharu dengan kepelbagaian lanskap bagi menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dibawah satu bumbung.

"Lundu dilihat semakin berkembang dan strategik terutamanya dari segi pelancongan, pertanian dan perkhidmatan.

"Maka kita harus mempunyai pejabat kerajaan yang cantik dan baik yang boleh membangkitkan semangat kerja kakitangan awam yang sebelum ini masih menumpang di tingkat bawah Dewan Suarah Lundu," tambahnya lagi ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Daerah Lundu) di sini, petang tadi.

Sumber dari : Sarawakku